Kuki Sesi
Kuki sesi ialah fail kuki sementara yang akan dipadamkan selepas anda menutup pelayar anda. Laman web iCEP tidak akan mengenali anda apabila anda memulakan semula pelayar dan kembali ke laman yang sama. Kuki sesi menyimpan maklumat pelayaran anda dan hanya aktif ketika anda melayari laman iCEP tersebut sehingga anda keluar dan menutup pelayar tersebut.
Kuki Kekal
Kami menggunakan kuki kekal, yang juga dikenali sebagai kuki tersimpan, iaitu fail yang disimpan dalam cakera keras komputer anda apabila anda melawat laman ini. Kuki ini akan kekal di dalam cakera keras anda sehingga ia mencapai tarikh luput yang telah ditetapkan. Kuki ini boleh menunjukkan bagaimana anda pertama kali mengunjungi laman web ini dan oleh itu, ia kadangkala dirujuk sebagai “kuki pengesanan”.
Menghentikan Kuki
Anda boleh menghentikan penggunaan kuki jika anda mahu, lazimnya melalui perubahan tetapan pelayar internet anda. Ia juga mungkin boleh dikonfigurasi agar pelayar anda menerima kuki tertentu sahaja atau memaklumkan kepada anda setiap kali kuki baru ingin disimpan dalam komputer anda, supaya anda boleh membuat keputusan untuk menerima atau menolak kuki tersebut. Untuk menguruskan penggunaan kuki tersebut, terdapat pelbagai sumber bantuan tersedia – sebagai contoh, bahagian "Bantuan" pada pelayar anda boleh memberi panduan lanjut. Oleh kerana kuki kami membolehkan anda mengakses beberapa ciri laman iCEP kami, kami mengesyorkan agar anda membenarkan penggunaan kuki kami. Jika anda menghentikan kuki, anda mungkin mengalami kekurangan fungsi atau mungkin tidak dapat menggunakan laman ini sepenuhnya.